BLOGGER TEMPLATES AND Zwinky Layouts »

Khamis, 1 September 2011

Selamat Hari Guru.. =)

   Saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada guru-guru yang telah mengajar saya selama 6 tahun ini.Saya amat besar hati setiap kali hari guru tiba kerana sekolah kelihatan meriah sekali dengan konsert hari guru dan bekas pelajar Woodgrove datang.Guru-guru yang saya kenali amat baik sekali.Saya amat bangga dan gembira kerana kebanyakan dari guru di sana telah melakukan tugas mereka sebagai guru dengan baik sekali.Dari darjah satu hingga enam saya amat suka dan mungkin akan merindui guru yang mengajar 6C terutama sekali Ms Lai dan Cikgu Tuty.Mereka yang telah membuat markah bahasa Melayu dan Inggeris saya meningkat.Saya begitu bangga dengan mereka.Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru yang telah mengajar saya dan saya berasa amat terharu dan bangga dengan pengorbanan guru yang sanggup melakukan apa sahaja untuk kebaikan anak muridnya sendiri. :)

Pantun buat Hari Guru:

Angin menderu dengan sepoinya,
Di anak tangga duduk berperikan
Kasih guru akan muridnya,
Masa dan tenaga rela korbankan.

Rabu, 31 Ogos 2011

Ucapan Hari Raya.. =)

   Sempena Hari Raya Aidilfitri dan bulan Syawal yang mulia ini,saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam di dunia terutama sekali kepada sahabat handai saya dan saudara-mara,keluarga yang tersayang.Bulan puasa,bulan yang mulia telah sampai ke penghujungnya dan tiba untuk menyambut hari yang dapat kami lalui setahun sekali iatu Hari Raya.Saya ingin menggunakan peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan ingin meminta ampun dan maaf kepada orang yang saya kenali dan jika tersalah silap dan bahasa saya ingin meminta maaf.Dan akhir sekali selamat hari raya maaf zahir dan batin!!

1.Sehari sudah lesu berpuasa,

Hidangan berbuka sudah tersedia,

Jangan kamu membazir masa,

Mulai beribadat semasa belia.

2.Lemah lembut tuan puteri,

Berhias pandai cantik dipandang,

Meriah menyambut Aidilfitri,

Sahabat handai datang bertandang.


Isnin, 1 Ogos 2011

Persiapan untuk PSLE lisan.. =)

     Saya berasa amat takut dan seram untuk menghadapi peperiksaan lisan kerana saya harus berdepan dengan dua guru yang saya tidak kenali di depan saya.Tetapi apabila saya fikir kembali,buat apa saya harus takut untuk menghadapi peperiksaan PSLE lisan?Saya berfikiran begitu kerana kita akan bertemu dan berjumpa dengan dua guru itu untuk satu kali sahaja.Tetapi,dengan peperiksaan oral ini saya dapat mengatasi ketakutan saya dan saya hanya harus membaca dan menerangkan apa yang terjadi di gambar itu dengan selamba.Saya juga harus berasa yakin dengan apa yang saya katakan.Saya telah mengulangkaji oral melayu dan inggeris di rumah.Setiap kali tiga hari sebelum peperiksaan lisan,saya akan menyuruh kakak saya untuk uji lisan saya jika dia tidak sibuk.Saya juga harus berlatih untuk membaca dan menerangkan gambar sendiri di rumah.Jika saya ingin lulus,saya harus ada keyakinan diri untuk bersemuka dengan dua guru yang saya akan bertemu nanti apabila peperiksaan lisan.Saya juga berlatih dengan saudara saya yang tidak begitu rapat dengan saya untuk berlatih lisan dengan saya.Dengan itu,saya dapat mengatasi perasaan takut saya.Jika saya membaca buku cerita,saya akan cuba untuk membaca dalam satu petikan dengan kuat di dalam bilik dan saya juga akan mengambil gambar yang saya boleh terangkan tentang gambar itu.Saya tidak harus berputus-asa walau apa pun yang akan terjadi nanti apabila menjelan peperiksaan lisan dan sentiasa yakin dengan apa yang saya katakan nanti.Bak kata pepatah,sehari selembar benang,lama-lama menjadi kain bermakna kita harus usaha untuk lulus.

Selasa, 19 Julai 2011

Faedah Blogging.. :)

Contoh-contoh tersebut adalah...

1.Kita dapat mempelajari bahasa melayu dengan lebih baik lagi dan saya dapat mengongsi pengalaman di blog saya ini.


2.Saya amat menyukai blogging kerana Saya dapat merasakan keseronokkan sambil belajar tentang perkataan-perkataan melayu yan saya tidak tahu dengan mengkaji perkataan itu di web Google.Terdapat banyak sekali yang saya dapat pelajari selama satu tahun lebih di blog ini.

3.Saya dapat komen dan berinteraksi bersama kawan-kawan saya juga.

Selama satu lebih tahun ini,saya telah pelajari untuk sentiasa berhati-hati apabila ingin memberikan sebarang koman di blog kawan-kawan saya dan tidak menyakitkan hati kawan saya dengan komen yang saya berikan.Selama ini saya amat menikmati dengan blog saya ini.saya juga dapat mengongsi pengalaman yang sedih mahupun gembira.

Selasa, 5 Julai 2011

Cerita katak di bawah tempurung..=)





   Terdapat sebuah keluarga yang tinggal di Woodlands.Sahabat ini akan jarang bertegur sapa terhadap jiran-jiran.
  
   Cerita tentang persahabatan katak Kungkung dan Kerok dalam menghadapi bahaya.Bahaya itu amat membimbangkan, Kungkung tetap tinggal di bawah tempurung sampai akhir hayatnya. Akhirnya banyak hal yang dilewatkan karena terlalu khawatir dengan keselamatan hidupnya.Kerok pun cuba untuk menjaga Kungkung.Kerok memasak sup kungkung untuk Kungkung eh,salah sup 'Kangkung' untuk Kungkung sambil Kerok menggaruk ketiaknya setiap kali memasak untuk Kungkung .
   
   Umur Kungkung pada waktu itu adalah 16 minggu dan Kerok 14 minggu.Mereka bagaikan pahat dengan pemukul.Kungkung semakin hari semakin sakit dan Kerok pun semakin risau terhadap Kungkung.kerok yang sering menggaruk tahu yang Kangkung sedang nazak dan akan meninggalkan dunia ini dalam masa 8 minit.Kerok sempat memasak sup 'Kangkung' lauk kegemaran Kungkung sebelum Kungkung meniggalkannya.

    Dia pun memberi sup kangkung itu kepada Kungkung lalu Kungkung pun memakan sup dan kangkung itu.Kungkung hanya dapat memakan sup itu hanya dua suap sahaja sebelum dia meninggal.Sebelum kejadian itu berlaku,Kerok melihat di jam tangannya dan menunggu sehingga nafas Kungkung berakhir.Kerok pun  membaca Al-fatihah kepada Kungkung sebelum nafasnya yang terakhir.Kerok nangis sekuat-kuat hatinya sehingga dia tersedu-sedu dan tidak dapat menahan tangisannya.Kerok pun menanam Kungkung dengan secepat mungkin dengan airmata berlinangan di pipinya.

   Dia kembali ke rumah dan memakan belen sup kangkung.Dia ingin membuat tahlil pada hari itu dan menjemput semua penduduk di kampungnya cintohnya,kuda,kambing,gajah,sang kancil,monyet dan bermacam-macam lagi.Malangnya,tidak ada satu orang pun yang menghadiri majlis itu.Kerok berasa amat kecewa dan sedih.Selepas satu jam menunggu dan sambil Kerok membaca doa di rumahnya,Kerok terdengar ketukan di pintu rumah.

   "Tuk,tuk,tuk!"bunyi ketukan pintu kedengaran di pintu rumah Kerok.

   Kerok dengan hati yang senang dan gembira itu pun datang membuka pintu.Dia terlihat arnab yang sedang tercegat di luar pintu sambil tersenyum.

"Eh!Kenapa engkau senyum?",tanya Kerok kepada sang arnab yang bernama Mary.

   Mary kata yang penduduk-penduduk kampung tidak ingin datang ke rumahnya kerana sikap Kerok dan Kungkung yang tidak bercampur dengan orang dan mengambil tahu perkara yang terjadi di sekelilingnya sahaja.Kerok pun berasa menyesal dan meminta maaf di satu ke satu rumah kawan-kawannya itu.Mereka pun memaafkan Kerok dan mereka hidup gembira dan senang di kampung yang dinamakan kampung Kungkungpenduduk itu..=)

Rabu, 29 Jun 2011

Cuti sekolah Jun !





Saya menghabiskan masa dengan pergi ke tempat-tempat yang menarik.Pada minggu pertama hari Ahad,saya pergi ke Taman Hiburan Sentosa.Ia amat menyeronokkan kerana saya dapat menaiki pelbagai jenis permainan di sana.Saya pergi bersama keluarga dan makcik saya.Ia amat menyeronokkan.Ibu sayalah yang membayar tiket itu.Makanan di sana amat sedap-sedap belaka.Saya paling menyukai 'Dinosaur Ride' kerana ia amat menyeronokkan.Pemandangan di situ amat indah.Terdapat ramai sekali orang di situ termasuk orang yang datang dari negara lain.Tempat di situ amat bersih.Terdapat banyak sekali kedai yang menjual barang yang cantik-cantik.Kedai-kedai itu juga cantik dengan dekorasinya yang amat unik sekali.Saya berpeluang juga untuk bergambar dengan Shrek dan Fiona.Banyak sekali gambar yang dipetik di kamera ketika kami di sana.Permandangan di situ bukan seperti di negara Singapura.Itulah pengalaman yang saya tidak akan pernah saya lupa.

Selasa, 17 Mei 2011

Kemahuan saya selepas PSLE..



Jika saya mendapat markah yang baik untuk peperiksaan PSLE,saya bercadang untuk membuat parti yang kecil untuk satu kelas 6C.Ibu-bapa saya juga akan membelikan saya telefon bimbit yang baru.Saya akan berasa gembira sekali jika saya telah tamatkan peperiksaan akhir tahun untuk sekolah rendah.Tetapi saya tidak harus berasa terlalu gembira dan seronok kerana saya ada banyak lagi cabaran di sekolah yang saya harus tempuhi pada masa akan datang di sekolah menengah.Saya berasa cukup gementar untuk memasuki ke sekolah menengah kerana saya akan bertemu dengan beberapa orang dan cikgu-cikgu yang saya tidak kenali.Agregat yang saya inginkan untuk PSLE saya adalah 180 atau jika saya bekerja keras dengan lebih gigih,saya ingin mencapai agregat 200 lebih.Saya akan cuba untuk mencapai agregat saya dengan bekerja lebih keras dan belajar dengan lebih gigih walaupun sudah tamat peperiksaan akhir tahun di sekolah rendah..

Selasa, 26 April 2011

Sahabat Baik Saya..

Sahabat baik saya adalah Wafa Hamidah.Dia adalah kawan yang baik sekali.Kami telah berkawan selama lapan tahun.Saya berkenalan dia pada waktu itu di Masjid An-Nur.Dia mempunyai sikap bertimbang rasa dan seseorang yang penyayang.Pada tahun 2008,saya dan Wafa bergaduh kerana terdapat perselisihan faham diantara kita berdua.Saya dan Wafa akan selalu pergi ke taman permainan untuk bermain bersama-sama.Dua bulan kemudian selepas pergaduhan kita,dia mengalah lalu meminta maaf dengan saya.Ketika itu,saya sedang duduk di taman permainan seorang diri.Wafa dan kakaknya juga ada di situ.Mereka bercadang untuk memberi saya air batu tanda meminta maaf dan saya pun maafkan dia.Semenjak itu persahabatan kita lebih rapat.Kita akan bermain basikal dan kejar-kejar di taman permainan itu.Pernah sesekali itu kepala saya terkena sebiji bola.Wafa pun menolong saya dengan memberikan saya air.Saya berasa terharu sekali.

Pada tahun 2007,saya,Wafa,Amirah dan Wafa amat rapat sekali.Kami memasuki pertandingan berlakon di sekolah.Kami menang tetapi hanya tiga orang sahaja yang terpilih,jadi saya tidak boleh pergi ke Sekolah Rendah Si Ling untuk bertanding berlakon.Walaupun kami kalah di dalam pertandingan itu,saya tetep gembira yang kami telah membuat yang terbaik.Kebetulan,sewktu mereka bertanding di Sekolah Rendah Si Ling,saya mempunyai tuisyen mendaki di sekolah itu.Saya berasa gembira sekali kerana terjumpa dengan mereka di sana.Kami berpisah sewaktu darjah 3.Walaupun begitu,saya dan rakan-rakan saya tetap akan menghargai dan mengingati detik-detik yang manis sewaktu kami bersama.

Isnin, 21 Mac 2011

Cuti Sekolah Saya Semasa Seminggu..


Saya pergi ke kampung Kluang nek long saya selama empat hari.Ia amat menyeronokkan.Saya dapat menolong nek long saya untuk memetik banyak buah-buahan seperti rambutan,durian dan nenas.Walaupun di sana terdapat banyak sekali lalat apabila saya sedang tidur,saya tetap rasa gembira yang saya dapat merasakan kegembiraan dan keseronokkan bersama keluarga dan saudara-saudara saya di sana.Apabila saya dan saudara saya menjelajah di dalam semak samun untuk bersiar,saya ternampak bermacam-macam benda yang amat menggelikan.Seperti,dua katak yang mati,banyak lipas dan cicak.Keesokkan harinya,saya pergi ke Downtown East Chalet untuk sambut hari lahir saudara saya.Ia amat menyeronokkan kerana saya dapat berenang ke Wild Wild Wet dan di kolam renang di atas chalet tersebut.Malam pula,saya menikmati jamuan barbecue yang disediakan.Selepas itu,saya pun pulang.Keesokkan harinya pula,Saya pergi ke kolam renang Sengkang bersama kedua-dua kakak dan saudara-saudara saya.Ia amat menyeronokkan walaupun saya rasa sedikit penat.Saya menghabiskan cuti saya itu yang tinggal tiga hari dengan membuat kerja-kerja sekolah yang saya ada.Sekiranya saya Menteri Pendidikan Singapura,saya akan memberikan dua minggu cuti kerana mereka boleh pergi bercuti dan meluangkan masa bersama keluarga pada minggu yang pertama dan belajar,membuat kerja rumah dan mengulangkaji pelajaran pada minggu yang kedua.:)

Selasa, 15 Februari 2011

Minat(2)


Subjek kegemaran saya di sekolah adalah Matematik,Bahasa Melayu dan Sains.Makanan kegemaran saya ialah ban mian,cheese oreo kek, pizza,nasi ayam,mi goreng,ayam lemak cili padi,kari ayam dan ayam sambal.Air kegemaran saya pula ialah air bunga,ais lemon tea dan coke.Saya berharap agar saya dapat memasuki sekolah yang baik tahun depan.Saya berharap agar diri saya sendiri akan maju pada masa hadapan.

Minat(1)


Saya amat menyayangi binatang.Jika saya sudah cukup dewasa dan mempunyai pekerjaan yang mantap,saya ingin sekali membuka klinik doktor haiwan.Cita-cita saya ialah untuk menjadi seorang doktor haiwan,penyanyi dan cikgu asalkan saya bekerja keras untuk mencapai cita-cita saya itu.Hobi saya ialah bermain basaikal,berenang dan membaca buku cerita hantu.Penyanyi kegemaran saya ialah Ziana Zain,Anuar Zain,Hady Mirza,Sarah Aqilah dan Sezairi Sezali.Mereka amat berbakat dan saya berharap yang saya akan menjadi seperti mereka suatu hari nanti.Impian saya ialah untuk menjaga ibu dan bapa saya apabila dewasa nanti.

Ahad, 23 Januari 2011

Persiapan untuk peperiksaan akhir tahun..


Saya rasa seperti masa berlalu dengan cepat sekali.Pejam celik pejam celik sudah hampir waktu untuk peperiksaan Tamat Sekolah Rendah nanti.Saya berasa amat gementar,takut dan tidak sabar sekali untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun.Setiap kali saya pulang dari rumah saya akan duduk di rumah sendirian.Jadi,saya akan melakukan kerja sekolah dahulu.Selepas itu pula,saya akan mengulang kaji pelajaran yang saya telah pelajari di sekolah selepas melakukan kerja sekolah.Jika saya masih mempunyai waktu,saya akan meluangkan masa dengan membaca buku cerita ataupun pergi ke perpustakaan Woodlands untuk meminjam buku sekiranya kerja sekolah tidaklah begitu banyak.Pada jam tujuh malam pula apabila keluarga saya pulang barulah saya meluangkan masa bersama mereka.Setiap kali apabila saya bersendirian di rumah,saya rasa amat gembira kerana tiada sesiapa yang akan menggangu saya apabila saya sedang mengulangkaji pelajaran ataupun melakukan kerja sekolah.Terdapat banyak sekali topik yang harus saya ingat.Guru saya selalu mengatakan bahawa masa akan berlalu dengan cepet sekali tanpa kita sadari.Saya selalu memegang kata-kata itu dan belajar dengan gigih sekali untuk mencapai matlamat saya.

Rabu, 12 Januari 2011

Tentang diri saya..



Nama saya ialah Nur Solleha Binte Zahri.Saya amat menyukai binatang.Binatang yang amat saya sayangi ialah kucing,harimau,ikan dan buaya. Apabila saya dewasa saya ingin menjadi seorang doktor haiwan.Saya juga ingin belajar dengan bersungguh-sungguh untuk membantu keluarga saya.Tetapi saya tahu bahawa saya harus belajar bersungguh-sungguh demi masa depan saya dan keluarga. Semalaman,misai kucing kegemaran saya dipotong oleh orang yang saya tidak kenali.Saya berasa amat sedih.Hobi kegemaran saya ialah bermain basikal,berenang,membaca buku dan meluangkan masa bersama keluarga.Makananan kegemaran saya ialah nasi ayam,ayam lemak cili padi,ayam sambal,nasi lemak dan mee kway teow.Minuman kegemaran saya pula ialah sirup mangga,air soya dan air bunga.Terdapat lima orang dalam keluarga saya.Nama kucing-kucing saya ialah Tompy,Pompy dan Sandy.Kawan baik saya ialah Wafa.






Agregat untuk peperiksaan akhir tahun saya ialah..


Gred bahasa Melayu:A


Gred bahasa Inggeris:B


Gred bahasa Matematik:B


Gred bahasa Science:B