BLOGGER TEMPLATES AND Zwinky Layouts »

Isnin, 21 Mac 2011

Cuti Sekolah Saya Semasa Seminggu..


Saya pergi ke kampung Kluang nek long saya selama empat hari.Ia amat menyeronokkan.Saya dapat menolong nek long saya untuk memetik banyak buah-buahan seperti rambutan,durian dan nenas.Walaupun di sana terdapat banyak sekali lalat apabila saya sedang tidur,saya tetap rasa gembira yang saya dapat merasakan kegembiraan dan keseronokkan bersama keluarga dan saudara-saudara saya di sana.Apabila saya dan saudara saya menjelajah di dalam semak samun untuk bersiar,saya ternampak bermacam-macam benda yang amat menggelikan.Seperti,dua katak yang mati,banyak lipas dan cicak.Keesokkan harinya,saya pergi ke Downtown East Chalet untuk sambut hari lahir saudara saya.Ia amat menyeronokkan kerana saya dapat berenang ke Wild Wild Wet dan di kolam renang di atas chalet tersebut.Malam pula,saya menikmati jamuan barbecue yang disediakan.Selepas itu,saya pun pulang.Keesokkan harinya pula,Saya pergi ke kolam renang Sengkang bersama kedua-dua kakak dan saudara-saudara saya.Ia amat menyeronokkan walaupun saya rasa sedikit penat.Saya menghabiskan cuti saya itu yang tinggal tiga hari dengan membuat kerja-kerja sekolah yang saya ada.Sekiranya saya Menteri Pendidikan Singapura,saya akan memberikan dua minggu cuti kerana mereka boleh pergi bercuti dan meluangkan masa bersama keluarga pada minggu yang pertama dan belajar,membuat kerja rumah dan mengulangkaji pelajaran pada minggu yang kedua.:)

0 comments: