Saya rasa seperti masa berlalu dengan cepat sekali.Pejam celik pejam celik sudah hampir waktu untuk peperiksaan Tamat Sekolah Rendah nanti.Saya berasa amat gementar,takut dan tidak sabar sekali untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun.Setiap kali saya pulang dari rumah saya akan duduk di rumah sendirian.Jadi,saya akan melakukan kerja sekolah dahulu.Selepas itu pula,saya akan mengulang kaji pelajaran yang saya telah pelajari di sekolah selepas melakukan kerja sekolah.Jika saya masih mempunyai waktu,saya akan meluangkan masa dengan membaca buku cerita ataupun pergi ke perpustakaan Woodlands untuk meminjam buku sekiranya kerja sekolah tidaklah begitu banyak.Pada jam tujuh malam pula apabila keluarga saya pulang barulah saya meluangkan masa bersama mereka.Setiap kali apabila saya bersendirian di rumah,saya rasa amat gembira kerana tiada sesiapa yang akan menggangu saya apabila saya sedang mengulangkaji pelajaran ataupun melakukan kerja sekolah.Terdapat banyak sekali topik yang harus saya ingat.Guru saya selalu mengatakan bahawa masa akan berlalu dengan cepet sekali tanpa kita sadari.Saya selalu memegang kata-kata itu dan belajar dengan gigih sekali untuk mencapai matlamat saya.
Ahad, 23 Januari 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 comments:
Cikgu gembira Solleha ingat pesanan guru Solleha. Memang betul katanya bahawa masa akan berlalu dengan cepet sekali tanpa kita sedari. Cikgu pun selalu akan cuba sedaya upaya untuk menguruskan masa cikgu dengan baik.
Catat Ulasan