BLOGGER TEMPLATES AND Zwinky Layouts »

Khamis, 1 September 2011

Selamat Hari Guru.. =)

   Saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada guru-guru yang telah mengajar saya selama 6 tahun ini.Saya amat besar hati setiap kali hari guru tiba kerana sekolah kelihatan meriah sekali dengan konsert hari guru dan bekas pelajar Woodgrove datang.Guru-guru yang saya kenali amat baik sekali.Saya amat bangga dan gembira kerana kebanyakan dari guru di sana telah melakukan tugas mereka sebagai guru dengan baik sekali.Dari darjah satu hingga enam saya amat suka dan mungkin akan merindui guru yang mengajar 6C terutama sekali Ms Lai dan Cikgu Tuty.Mereka yang telah membuat markah bahasa Melayu dan Inggeris saya meningkat.Saya begitu bangga dengan mereka.Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru yang telah mengajar saya dan saya berasa amat terharu dan bangga dengan pengorbanan guru yang sanggup melakukan apa sahaja untuk kebaikan anak muridnya sendiri. :)

Pantun buat Hari Guru:

Angin menderu dengan sepoinya,
Di anak tangga duduk berperikan
Kasih guru akan muridnya,
Masa dan tenaga rela korbankan.

0 comments: