BLOGGER TEMPLATES AND Zwinky Layouts »

Ahad, 23 Januari 2011

Persiapan untuk peperiksaan akhir tahun..


Saya rasa seperti masa berlalu dengan cepat sekali.Pejam celik pejam celik sudah hampir waktu untuk peperiksaan Tamat Sekolah Rendah nanti.Saya berasa amat gementar,takut dan tidak sabar sekali untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun.Setiap kali saya pulang dari rumah saya akan duduk di rumah sendirian.Jadi,saya akan melakukan kerja sekolah dahulu.Selepas itu pula,saya akan mengulang kaji pelajaran yang saya telah pelajari di sekolah selepas melakukan kerja sekolah.Jika saya masih mempunyai waktu,saya akan meluangkan masa dengan membaca buku cerita ataupun pergi ke perpustakaan Woodlands untuk meminjam buku sekiranya kerja sekolah tidaklah begitu banyak.Pada jam tujuh malam pula apabila keluarga saya pulang barulah saya meluangkan masa bersama mereka.Setiap kali apabila saya bersendirian di rumah,saya rasa amat gembira kerana tiada sesiapa yang akan menggangu saya apabila saya sedang mengulangkaji pelajaran ataupun melakukan kerja sekolah.Terdapat banyak sekali topik yang harus saya ingat.Guru saya selalu mengatakan bahawa masa akan berlalu dengan cepet sekali tanpa kita sadari.Saya selalu memegang kata-kata itu dan belajar dengan gigih sekali untuk mencapai matlamat saya.

Rabu, 12 Januari 2011

Tentang diri saya..



Nama saya ialah Nur Solleha Binte Zahri.Saya amat menyukai binatang.Binatang yang amat saya sayangi ialah kucing,harimau,ikan dan buaya. Apabila saya dewasa saya ingin menjadi seorang doktor haiwan.Saya juga ingin belajar dengan bersungguh-sungguh untuk membantu keluarga saya.Tetapi saya tahu bahawa saya harus belajar bersungguh-sungguh demi masa depan saya dan keluarga. Semalaman,misai kucing kegemaran saya dipotong oleh orang yang saya tidak kenali.Saya berasa amat sedih.Hobi kegemaran saya ialah bermain basikal,berenang,membaca buku dan meluangkan masa bersama keluarga.Makananan kegemaran saya ialah nasi ayam,ayam lemak cili padi,ayam sambal,nasi lemak dan mee kway teow.Minuman kegemaran saya pula ialah sirup mangga,air soya dan air bunga.Terdapat lima orang dalam keluarga saya.Nama kucing-kucing saya ialah Tompy,Pompy dan Sandy.Kawan baik saya ialah Wafa.






Agregat untuk peperiksaan akhir tahun saya ialah..


Gred bahasa Melayu:A


Gred bahasa Inggeris:B


Gred bahasa Matematik:B


Gred bahasa Science:B