BLOGGER TEMPLATES AND Zwinky Layouts »

Khamis, 1 September 2011

Selamat Hari Guru.. =)

   Saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada guru-guru yang telah mengajar saya selama 6 tahun ini.Saya amat besar hati setiap kali hari guru tiba kerana sekolah kelihatan meriah sekali dengan konsert hari guru dan bekas pelajar Woodgrove datang.Guru-guru yang saya kenali amat baik sekali.Saya amat bangga dan gembira kerana kebanyakan dari guru di sana telah melakukan tugas mereka sebagai guru dengan baik sekali.Dari darjah satu hingga enam saya amat suka dan mungkin akan merindui guru yang mengajar 6C terutama sekali Ms Lai dan Cikgu Tuty.Mereka yang telah membuat markah bahasa Melayu dan Inggeris saya meningkat.Saya begitu bangga dengan mereka.Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru yang telah mengajar saya dan saya berasa amat terharu dan bangga dengan pengorbanan guru yang sanggup melakukan apa sahaja untuk kebaikan anak muridnya sendiri. :)

Pantun buat Hari Guru:

Angin menderu dengan sepoinya,
Di anak tangga duduk berperikan
Kasih guru akan muridnya,
Masa dan tenaga rela korbankan.

Rabu, 31 Ogos 2011

Ucapan Hari Raya.. =)

   Sempena Hari Raya Aidilfitri dan bulan Syawal yang mulia ini,saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam di dunia terutama sekali kepada sahabat handai saya dan saudara-mara,keluarga yang tersayang.Bulan puasa,bulan yang mulia telah sampai ke penghujungnya dan tiba untuk menyambut hari yang dapat kami lalui setahun sekali iatu Hari Raya.Saya ingin menggunakan peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan ingin meminta ampun dan maaf kepada orang yang saya kenali dan jika tersalah silap dan bahasa saya ingin meminta maaf.Dan akhir sekali selamat hari raya maaf zahir dan batin!!

1.Sehari sudah lesu berpuasa,

Hidangan berbuka sudah tersedia,

Jangan kamu membazir masa,

Mulai beribadat semasa belia.

2.Lemah lembut tuan puteri,

Berhias pandai cantik dipandang,

Meriah menyambut Aidilfitri,

Sahabat handai datang bertandang.


Isnin, 1 Ogos 2011

Persiapan untuk PSLE lisan.. =)

     Saya berasa amat takut dan seram untuk menghadapi peperiksaan lisan kerana saya harus berdepan dengan dua guru yang saya tidak kenali di depan saya.Tetapi apabila saya fikir kembali,buat apa saya harus takut untuk menghadapi peperiksaan PSLE lisan?Saya berfikiran begitu kerana kita akan bertemu dan berjumpa dengan dua guru itu untuk satu kali sahaja.Tetapi,dengan peperiksaan oral ini saya dapat mengatasi ketakutan saya dan saya hanya harus membaca dan menerangkan apa yang terjadi di gambar itu dengan selamba.Saya juga harus berasa yakin dengan apa yang saya katakan.Saya telah mengulangkaji oral melayu dan inggeris di rumah.Setiap kali tiga hari sebelum peperiksaan lisan,saya akan menyuruh kakak saya untuk uji lisan saya jika dia tidak sibuk.Saya juga harus berlatih untuk membaca dan menerangkan gambar sendiri di rumah.Jika saya ingin lulus,saya harus ada keyakinan diri untuk bersemuka dengan dua guru yang saya akan bertemu nanti apabila peperiksaan lisan.Saya juga berlatih dengan saudara saya yang tidak begitu rapat dengan saya untuk berlatih lisan dengan saya.Dengan itu,saya dapat mengatasi perasaan takut saya.Jika saya membaca buku cerita,saya akan cuba untuk membaca dalam satu petikan dengan kuat di dalam bilik dan saya juga akan mengambil gambar yang saya boleh terangkan tentang gambar itu.Saya tidak harus berputus-asa walau apa pun yang akan terjadi nanti apabila menjelan peperiksaan lisan dan sentiasa yakin dengan apa yang saya katakan nanti.Bak kata pepatah,sehari selembar benang,lama-lama menjadi kain bermakna kita harus usaha untuk lulus.

Selasa, 19 Julai 2011

Faedah Blogging.. :)

Contoh-contoh tersebut adalah...

1.Kita dapat mempelajari bahasa melayu dengan lebih baik lagi dan saya dapat mengongsi pengalaman di blog saya ini.


2.Saya amat menyukai blogging kerana Saya dapat merasakan keseronokkan sambil belajar tentang perkataan-perkataan melayu yan saya tidak tahu dengan mengkaji perkataan itu di web Google.Terdapat banyak sekali yang saya dapat pelajari selama satu tahun lebih di blog ini.

3.Saya dapat komen dan berinteraksi bersama kawan-kawan saya juga.

Selama satu lebih tahun ini,saya telah pelajari untuk sentiasa berhati-hati apabila ingin memberikan sebarang koman di blog kawan-kawan saya dan tidak menyakitkan hati kawan saya dengan komen yang saya berikan.Selama ini saya amat menikmati dengan blog saya ini.saya juga dapat mengongsi pengalaman yang sedih mahupun gembira.

Selasa, 5 Julai 2011

Cerita katak di bawah tempurung..=)





   Terdapat sebuah keluarga yang tinggal di Woodlands.Sahabat ini akan jarang bertegur sapa terhadap jiran-jiran.
  
   Cerita tentang persahabatan katak Kungkung dan Kerok dalam menghadapi bahaya.Bahaya itu amat membimbangkan, Kungkung tetap tinggal di bawah tempurung sampai akhir hayatnya. Akhirnya banyak hal yang dilewatkan karena terlalu khawatir dengan keselamatan hidupnya.Kerok pun cuba untuk menjaga Kungkung.Kerok memasak sup kungkung untuk Kungkung eh,salah sup 'Kangkung' untuk Kungkung sambil Kerok menggaruk ketiaknya setiap kali memasak untuk Kungkung .
   
   Umur Kungkung pada waktu itu adalah 16 minggu dan Kerok 14 minggu.Mereka bagaikan pahat dengan pemukul.Kungkung semakin hari semakin sakit dan Kerok pun semakin risau terhadap Kungkung.kerok yang sering menggaruk tahu yang Kangkung sedang nazak dan akan meninggalkan dunia ini dalam masa 8 minit.Kerok sempat memasak sup 'Kangkung' lauk kegemaran Kungkung sebelum Kungkung meniggalkannya.

    Dia pun memberi sup kangkung itu kepada Kungkung lalu Kungkung pun memakan sup dan kangkung itu.Kungkung hanya dapat memakan sup itu hanya dua suap sahaja sebelum dia meninggal.Sebelum kejadian itu berlaku,Kerok melihat di jam tangannya dan menunggu sehingga nafas Kungkung berakhir.Kerok pun  membaca Al-fatihah kepada Kungkung sebelum nafasnya yang terakhir.Kerok nangis sekuat-kuat hatinya sehingga dia tersedu-sedu dan tidak dapat menahan tangisannya.Kerok pun menanam Kungkung dengan secepat mungkin dengan airmata berlinangan di pipinya.

   Dia kembali ke rumah dan memakan belen sup kangkung.Dia ingin membuat tahlil pada hari itu dan menjemput semua penduduk di kampungnya cintohnya,kuda,kambing,gajah,sang kancil,monyet dan bermacam-macam lagi.Malangnya,tidak ada satu orang pun yang menghadiri majlis itu.Kerok berasa amat kecewa dan sedih.Selepas satu jam menunggu dan sambil Kerok membaca doa di rumahnya,Kerok terdengar ketukan di pintu rumah.

   "Tuk,tuk,tuk!"bunyi ketukan pintu kedengaran di pintu rumah Kerok.

   Kerok dengan hati yang senang dan gembira itu pun datang membuka pintu.Dia terlihat arnab yang sedang tercegat di luar pintu sambil tersenyum.

"Eh!Kenapa engkau senyum?",tanya Kerok kepada sang arnab yang bernama Mary.

   Mary kata yang penduduk-penduduk kampung tidak ingin datang ke rumahnya kerana sikap Kerok dan Kungkung yang tidak bercampur dengan orang dan mengambil tahu perkara yang terjadi di sekelilingnya sahaja.Kerok pun berasa menyesal dan meminta maaf di satu ke satu rumah kawan-kawannya itu.Mereka pun memaafkan Kerok dan mereka hidup gembira dan senang di kampung yang dinamakan kampung Kungkungpenduduk itu..=)

Rabu, 29 Jun 2011

Cuti sekolah Jun !





Saya menghabiskan masa dengan pergi ke tempat-tempat yang menarik.Pada minggu pertama hari Ahad,saya pergi ke Taman Hiburan Sentosa.Ia amat menyeronokkan kerana saya dapat menaiki pelbagai jenis permainan di sana.Saya pergi bersama keluarga dan makcik saya.Ia amat menyeronokkan.Ibu sayalah yang membayar tiket itu.Makanan di sana amat sedap-sedap belaka.Saya paling menyukai 'Dinosaur Ride' kerana ia amat menyeronokkan.Pemandangan di situ amat indah.Terdapat ramai sekali orang di situ termasuk orang yang datang dari negara lain.Tempat di situ amat bersih.Terdapat banyak sekali kedai yang menjual barang yang cantik-cantik.Kedai-kedai itu juga cantik dengan dekorasinya yang amat unik sekali.Saya berpeluang juga untuk bergambar dengan Shrek dan Fiona.Banyak sekali gambar yang dipetik di kamera ketika kami di sana.Permandangan di situ bukan seperti di negara Singapura.Itulah pengalaman yang saya tidak akan pernah saya lupa.

Selasa, 17 Mei 2011

Kemahuan saya selepas PSLE..



Jika saya mendapat markah yang baik untuk peperiksaan PSLE,saya bercadang untuk membuat parti yang kecil untuk satu kelas 6C.Ibu-bapa saya juga akan membelikan saya telefon bimbit yang baru.Saya akan berasa gembira sekali jika saya telah tamatkan peperiksaan akhir tahun untuk sekolah rendah.Tetapi saya tidak harus berasa terlalu gembira dan seronok kerana saya ada banyak lagi cabaran di sekolah yang saya harus tempuhi pada masa akan datang di sekolah menengah.Saya berasa cukup gementar untuk memasuki ke sekolah menengah kerana saya akan bertemu dengan beberapa orang dan cikgu-cikgu yang saya tidak kenali.Agregat yang saya inginkan untuk PSLE saya adalah 180 atau jika saya bekerja keras dengan lebih gigih,saya ingin mencapai agregat 200 lebih.Saya akan cuba untuk mencapai agregat saya dengan bekerja lebih keras dan belajar dengan lebih gigih walaupun sudah tamat peperiksaan akhir tahun di sekolah rendah..