BLOGGER TEMPLATES AND Zwinky Layouts »

Khamis, 29 Julai 2010

Perasaan mempunyai blog?


Saya amat gembira apabila tahu tentang peraduan ini.Saya sedikit sedih kerana hari ini adalah hari terakhir untuk menulis di blog ini.Semenjak membuat blog ini saya tahu sedikit sebanyak tentang bahasa Melayu dan tahu bahawa bahasa Melayu amat penting kerana kami menggunakannya setiap hari.Saya sekarang sudah tahu bagaimana untuk berkomunikasi dengan jelas sama teman-teman saya dan keluarga.

Menulis!


Saya mempunyai blog dan blog itu adalah untuk meluahkan perasaan saya dengan menggunakan bahasa Melayu.Dengan menulis,kemungkinan saya dapat memperbaiki bahasa Melayu saya.Subjek lain seperti Sains,Inggeris dan Matematik juga penting.Saya paling suka subjek Matematik dan bahasa Ibunda kerana ia sungguh menarik.

Bagaimana untuk mempertingkatkan bahasa Melayu saya?


Saya selalu membaca buku cerita Melayu.Adakalanya menonton rancangan Melayu.Saya akan melungsuri internet untuk mengetahui lebih lanjut tentang bahasa Melayu.Saya suka bahagian karangan kerana ia perlukan kita untuk banyak berfikir.

Selasa, 27 Julai 2010

Mengapakah bahasa Melayu amat penting bagi kami?


Bahasa ibunda amat penting kerana kita akan berbual bahasa Melayu bersama rakan-rakan kita dan keluarga.Kita akan berbual bahasa Melayu dengan sesiapa sahaja,tetapi bukan dengan orang yang berbangsa Cina.Saya amat suka kepada bahasa Melayu kerana ia sangat seronok dan menarik.

Aktiviti "Bawa dan Borak"


Saya amat suka jika ada aktiviti "bawa dan borak".Pada hujung minggu,saya dan keluarga akan pergi ke perpustakaan untuk mendengar perbualan tentang bahasa Melayu.Ia sungguh seronok kerana kami dapat bermain permainan tentang bahasa Melayu dan pelajari tentang sejarah orang Melayu.

Isnin, 26 Julai 2010

Perkhemahan bahasa.


Tahun ini darjah enam mempunyai program kerjasama dengan Innova Junior College untuk murid darjah enam. Tema dari program 2 hari ini bertajuk "Tinjauan Nostalgia" yang membawa mereka kembali ke hari-hari ketika permainan tradisional yang sedang dimainkan. Murid darjah enam mendapatkan untuk mencuba pelbagai permainan tradisional bersama-sama dengan murid-murid dari Innova Junior College. Para pelajar mempunyai pengalaman yang menyenangkan bermain permainan tradisional dan mencabar antara satu sama lain.

Bengkel Penulisan Kreatif.


Kami sekelas harus pergi ke aula sekolah untuk membuat Bengkel Penulisan Kreatif.Kami di bahagikan kepada sebuah kumpulan.Kami harus membuat sebuah karangan dalam satu kumpulan.Ia menarik perhatian saya kerana kami boleh pelajari tentang deria-deria.Kami juga pelajari bagaimana untuk membuat karangan dalam rangka.Saya dapat menimbah ilmu dalam karangan.

Pertandingan blogging.


Saya dan teman-teman harus membuat blogging ini.Ia sungguh seronok.Kami dapat mempertingkatkan bahasa Melayu kita.Kami harus membuat beberapa blog sampailah hari ini.Aktiviti ini sungguh menarik kerana kebanyakan orang yang berbahasa Melayu tidak berbual dengan betul.Dan adakalanya mereka berbual bahasa inggeris di rumah dan bersama kawan-kawan mereka.Ibu saya menggalakkan saya untuk pergi ke pameran-pameran yang berkaitan dengan bahasa Melayu.Ia sungguh seronok.Saya juga banyak melayari internet untuk tahu banyak lagi tentang bahasa Melayu dan perkataan-perkataan Melayu yang saya tidak begitu ketahui.

Latihan pendidikan ke Brunei Darulssalam.


Tempat itu sungguh menarik.Terdapat banyak hiasan-hiasan yang cantik di sana.Saya dapat pelajari banyak tentang sejarah negara Brunei.Makanan di sana sungguh sedap.Tempatnya bersih dan aman damai.Kami juga dapat pelajari sedikit sebanyak tentang bahasa orang Brunei.Jika mendapat peluang saya ingin sekali pergi ke sana lagi.

Selasa, 20 Julai 2010

Hari Keharmonian Kaum.


Hari ini adalah hari keharmonian kaum.Di kantin sekolah kami terdapat hiasan-hiasan cantik di depan gerai masing-masing.Ada juga kueh-mueh dan makanan-makanan lain yang dijual.Konsertnya sungguh menarik.Saya pelajari budaya-budaya orang lain dan makanan tradisional mereka.Seperti makanan melayu kita adalah rendang dan lontong.

Peraduan Piramida.


Semua kelas Melayu di darjah lima harus menghadiri ke dewan untuk bermain permainan Piramida.Huda,Amirah,Riz dan Haidi adalah wakil untuk kelas kami.Sungguh seronok sekali melihat mereka bermain permainan itu.Saya dapat pelajari yang permainan itu sangat berguna supaya kita dapat pelajari perkataan-perkataan yang baru.Saya sungguh bangga sama teman-teman saya itu atas kerja keras mereka.

Peraduan melakonkan watak 2008.


Saya,Wafa,Amirah dan Afeeqa telah memasuki peraduan melakunkan watak 2 tahun yang lalu.Pengalamannya sangatlah seronok kerana saya dapat pelajari yang sebenarnya berlakon itu sangat mencabar.Kami mendapat tempat yang pertama.Dengan itu saya dapat mengatasi ketakutan saya dengan orang ramai.

Khamis, 1 Julai 2010

Aktiviti Berbahasa Melayu


Saya suka bermain permainan Sahiba kerana ia sangat mencabar kerana kita harus mencari perkataan-perkataan melayu yang terdapat di kamus.Saya menantikan untuk bermain permainan Piramida juga kerana kita boleh meneka benda-benda.Saya suka bermain permainan tradisional seperti congkak dan gasing.Saya juga sering bermain komputer untuk mengetahui lebih lanjut tentang budaya kita.